CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 11 January 2009

.: Free Gaza Now :.

itulah antara salah satu laungan yang aku dengar untuk satu hari ini dari Hyde Park hinggalah ke Israel embassy. bukan terhad kepada rakyat negara-negara arab sahaja (dan juga Malaysia), bahkan yang bukan islam pun turut sama. kenapa? atas dasar kemanusiaan. itu nombor satu faktor demonstrasi ini diadakan. tak kira islam atau bukan islam, tua atau muda, lelaki atau perempuan; semua berdiri atas prinsip yang sama, hak kemanusiaan yang dicabuli. juga atas dasar agama, kerana saudara-saudara seislamku yang tidak pernah ada menyentuh atau menjentik tentera-tentera israel tak pasal-pasal mati katak akibat bedilan bom dan roket yang tak kenal mangsa. paling menyentuh hati kanak-kanak yang baru belajar nak mengenal dunia dan kaum wanita yang tak bersalah mati tertimbun di bawah sisa-sisa batu. Al-Quds dan Al-Aqsa memanggil, bebaskanlah aku dari cengkaman Thaghut zionis dan yahudi, tapi apa jawapan kita? Al-Aqsa milik kita sebagai muslim, harus kita pertahankan.

google sahaja perkataan gaza atau palestin, yang pastinya imej-imej derita ini pasti takkan terlepas dari pandangan. untuk mengulas lanjut tentang perkara ini bukanlah kepakaranku; baik berhati-hati, mengkaji dengan mendalam, lebihkan membaca, luaskan ilmu dan teguhkan keimanan dan pemikiran agar tidak mudah terpengaruh dengan satu rencana yang tak tahu serba serbi tentang penulisnya, sahih mana penulisannya, dan kebenaran sumber rujukannya.

jangan tanya "kenapa kau tak turun demonstrasi tadi?" kepada orang lain. fikir akan kelapangan sendiri dan juga kesibukan orang lain. dah banyak kali soalan ini ditujukan kepadaku padahal bertempat di suatu tempat yang jauhnya berbatu-batu. tapi sedapkan hati bahawa si penanya sangat bersemangat dan tak lupa akan rakan-rakan untuk berada di landasan kemanusiaan.

jangan kata "nak ikutlah demonstrasi esok" tapi cakap kosong. bukan niat untuk menyinggung, tapi dalam situasi sekarang, risiko untuk bercakap sesuatu yang berkaitan dengan isu paling vogue tahun baru ini sangatlah tinggi dan perasaan yang terguris itu dijamin bertambah. setkan niat di hati, kaji kelapangan masa sendiri baru buat keputusan, kemudian baru berbicara. kalau itu kehendak Allah, pasti sampai.


jadi peringatan kepada DIRI SENDIRI dan juga yang membaca, dalam keadaan sekarang, kaji dan fikir sedalam-dalamnya sebelum bercakap dan memberi pendapat. dengar pendapat orang lain juga. jangan atas kerana tahu nama-nama penting, tarikh-tarikh penting, orang lain mendongak ternganga mendengar ulasan kita yang mantap "ittew" (pinjam jap perkataan nie), terus membuat kesimpulan, "aku betul". tiap pemikiran itu berbeza, jangan diharap dapat sokongan 100%. aku sendiri berfikir dua tiga kali sebelum menulis pos ini, namun seperti biasa, untuk aku sendiri ingat dan juga dirasakan penting untuk dikongsi bersama, akhirnya, dipostkan juga.

dan juga, bagi yang tidak ambil kisah di luar sana, jangan difikir ini tidak ada kaitan dengan diri anda. hidup sebagai kanak-kanak di Malaysia jauh sekali bezanya dengan kanak-kanak di Palestin. bayangkan anda berada di tempat mereka sekarang, apakah perasaan anda? menunggu ayah tak pulang-pulang, ibu menangis setiap pagi mengenangkan keselamatan anak-anak dan keluarga. pemuda-pemuda keluar pagi dan balik petang sebagai syahid. fikirkan sejenak. boikotlah barangan buatan yahudi laknatullah. jadi, ringan-ringankan lah jari-jari anda untuk membuat analisa dan bacaan tentang isu besar ini.


London Demonstration, 10/01/2009

penat semalam disebabkan sesi makmal yang lama tak hilang lagi, tapi perkhabaran demonstrasi terbesar di U.K akan diadakan, aku terus jadi suka dan teruja. harapan? agar kali ini suara-suara yang melaung "Free, free Palestine" bukan sekadar angin lalu sahaja. Alhamdulillah, diberi peluang untuk ikut serta walaupun mendaftar saat-saat akhir. bangun lewat sedikit dan tak sempat untuk memasak sarapan untuk tetamu yang datang, Azam, tapi sempat naik bas ke london, bertolak dalam jam 9.00 pagi. tidur dalam bas sehingga berhenti rehat di suatu tempat yang aku tak pasti di mana, tapi mungkin di Oxford. terkejut kerana betapa banyaknya bas yang menuju ke London untuk berdemonstrasi dari serata U.K. walaupun suhu yang sangat rendah, mungkin mencapai tahap -5 darjah Celcius. ini tak menghalang orang ramai untuk turun padang. sampai di london dalam jam 1.00 petang. sangat sesak dan sejuk. kiri kanan penuh dengan manusia. salji turun rintik-rintik (kecik-kecik) dan terus menuju ke tempat ucapan dibuat. ramai yang memberi ucapan. dikhabarkan lebih dari 100 ribu orang yang turut serta dan bilangan semakin bertambah setiap jam. yang paling menyentuh hati apabila kanak-kanak yang naik ke pentas menyebut nama seorang demi seorang kanak-kanak Palestin yang terkorban. tak dapat tahan perasaan, akhirnya mengalirkan air mata di depan orang ramai(malu bangat sih!)

kemudian berarak menuju ke pejabat Israel embassy, singgah di MSD untuk solat zohor dan asar. kemudian ikut serta semula. bilangan orang ramai semakin bertambah. laungan "Allahu Akbar; 1 2 3 4, occupation no more, 5 6 7 8, Israel is a terrorist state; Free Gaza Now; from the river to the sea, Palestine will be free and etc."berulang kali dilaungkan dengan penuh semangat dan hiba dalam perjalanan. ada di antara mat saleh yang mengucap dua kalimah syahadah tanpa tahu apa maksud perkataan yang dilaungkannya apabila turut serta mengiringi bendera Palestin yang dipegang oleh majoriti kaum Arab. Kanak-kanak yang turut serta juga bersemangat melaungkan rasa sedih mereka terhadap nasib yang menimpa rakan sebaya di Palestin. yang tua juga tidak dilupakan, walaupun terketar-ketar memegang bendera Palestin dalam sejuk, masih larat melaungkan ayat pembebasan Palestin. aku kagum. jam 8.30 mlm selamat sampai di Coventry, hampir-hampir tertinggal bas. pengalaman baru yang aku dapat, antara yang terbaik setakat ini. lailahaillallah muhammad rasullullah.




















0 comments: