CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 23 January 2009

.: Evolusi :.

aku terfikir adakah proses evolusi manusia ke arah daya tahan yang lebih tinggi atau ke arah yang lebih rendah? dengan penciptaan teknologi-teknologi baru yang sangat mudah e.g telefon, internet, teknologi nano, human project genome etc.; semuanya memberi kemudahan kepada manusia, tapi menyebabkan manusia semakin malas. malas untuk mempelopori dan mempelajari skills for survival. adakah dunia seperti dalam cerita Wall-E di mana bumi penuh dengan sampah, semua rutin harian robot-robot yang menguruskannya dan manusia hanya duduk atas kerusi terbang?
aku sangat kagum dengan orang zaman dahulu yang mempunyai daya ketahanan yang sangat tinggi, kekuatan mental dan fizikal yang lasak dan tidak bersifat terlalu bergantung kepada sesuatu. tetapi dengan penemuan dan terciptanya teknologi-teknologi terkini, secara tidak langsung tanpa disedari manusia beralih atau evolve ke arah yang lebih mundur dan bersikap terlalu bergantung kepada sesuatu tanpa ada rasa untuk berusaha dahulu. ramai yang mengatakan bahawa sangat susah kalau tiada kemudahan internet dalam urusan harian. bukan untuk memberi pandangan bahawa teknologi itu suatu ancaman, tetapi manusia harus sedar bahawa skill of survival itu kena ada dalam diri masing-masing.

-merepek di malam hari-

sambung lab report balik

0 comments: