ijinkan saya untuk berbahasa melayu kali ini. semenjak sampai di bumi orang ini, bahasa melayu saya semakin hancur, bahasa inggeris lagi lah entah ke mana. acap kali susunan ayat saya tersilap, sahabat-sahabat pun gelak terutama sekali semasa berborak di penghantar yahoo. tidak lah banyak berbahasa inggeris, tapi kualiti bahasa melayu semakin menurun dalam pengucapan saya. mungkin saya semakin kurang bercakap. tapi saya bukanlah mulut murai. kalau dengar burung murai atau orang murai bercakap, saya rasa nak sepak sahaja.
cukup untuk pendahuluan. di sini saya ingin menulis tentang ulangkaji. ujian akhir pun semakin dekat, bak kata orang putih, dah dekat tepi kona sahaja. saya banyak lagi benda yang perlu dibaca dan saya menghadapi tiga masalah.
masalah satu:
skop soalan yang berkemungkinan ditanya sangat la luas. saya tak termampu nak habiskan 3 buah buku setebal hampir 1000 muka surat sebelum ujian akhir. kertas lalu pun soalan yang diberi tidak lah banyak. sebanyak rambut direktor depatmen sains biologi universiti warwick. kalau nak dibuat soalan yang kecil-kecil dan soalan tutorial, tak terkira banyak nya. sebanyak rambut Miles, budak mat saleh berambut afro dalam kelas syarah (lecture) saya.
masalah dua:
memang patut ulangkaji dipanggil ulangkaji. mana tidaknya, setiap kali baca, sudah lupa balik. kena ulang lagi. saya cadangkan bahasa melayu ditukar perkataan ulangkaji itu. ulangkajilupadanulangbalik. penat saya berjaga bersengkang mata, otak saya main-main pula. main sorok-sorok sel memori. kalau otak saya itu orang, memang saya sepak terajang dia sampai termuntah segala sel memori saya. penat saya baca 20 tahun ini, simpan nya main sukahati. cubalah simpan elok-elok.
masalah tiga:
internet. syaitan paling durjana yang ada dalam bilik setiap orang. kalau saya nak simpan laptop, kena keluarkan banyak kali pula kerana segala urusan sekarang memerlukan internet. kenapa lah internet ini dicipta, saya lebih rela tidak berinternet daripada duduk di hadapan skrin laptop ini, membunuh sel-sel otak saya setiap atto saat (x10-18). esei pula perlu ditaip, tak terlarat saya nak pergi ke perpustakaan atau grid pembelajaran untuk menggunakan komputer di situ.
okay, cukuplah. saya sudah rasa konfiden dengan bahasa melayu saya. itu sahaja. sekian, terima kasih.
Homeopathy Malaysia Menghantar Wakil Ke Jepun
8 months ago
6 comments:
ayat skema jawapan bahasa melayu SPM.harhar.bagus2
hahaha... bm ko cam ku maca english translate bm.. haha.. bok amik ati.. hahah.. tedah
Najib, add me up :) hehe.
http://artisticpursuit.wordpress.com
Helwa ni :) lol. saya sangat suka lah karangan engkau ni, aaahhh sangatlah rindu kan bahasa melayu. heheheheh.
chi: pass kan bm aku, lol
ool:mun bahasa sarawak, aku gk terer, mun da test pun gk dpt A, haha
helwa: done ;)
Wah!...rasmi amat bahasamu,kelak pasti boleh kupakai untuk menulis surat-eletronik (baca:e-mel) rasmi kepada tutorku yang amatlah tidak mesra alam seperti Indah Water itu..
Ada masalah dengan sesawang(baca:internet) ?Ahh, perkara enteng sahaja itu sahabatku, campakkan sahaja kedalam lubang jamban keramat itu.
Arakian, pasti selesai masalahmu..Jikalau tidak, dihembas-hembaskan diatas lantai pun pasti penawar yang mujarab dipikiran ku.
Dan kalau kamu perlukan sesawang bagai..
Apa kerenahnya, berangkat sajalah ke Learning Grid mahupun Perpustakaan. Hanya sepelaung saja jauhnya.
#hehhe..gurau3 je deh..rajin3 study =)
mak aih, tinggi bagai bahasa melayu mu itu. bagai bertutur dek menghadap sultan di istana versi les trois sundelz di perancis. beta tengah berusaha bersungguh-sunggguh, namun kerja yang dibagi tak pernah putus. terasa macam nak sepak terajang sahaja kalau aksesmen(assignment)itu orang. supir pun berusaha lah juga ya.
Post a Comment